Kindle fire parental controls password

Mar 14

Cuti Sekolah Penggal Pertama 2015

 

Cuti-Sekolah-2013-Malaysia

Madrasah Darul Iman akan mula bercuti pada 13 Mac 2015 (Jumaat) sehingga 22 Mac 2015. 22 Mac 2015 merupakan cuti peristiwa sempena SUKMADI dan Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah 2015. Kami warga MDI mengucapkan selamat bercuti kepada pelajar-pelajar. Rancanglah cuti anda dengan perkara yang memberi manfaat dan faedah In Shaa Allah.

Mar 14

Kursus Perguruan Sekolah Rendah Islam Terengganu sesi 1/ 2015

15-16 Mac, Jabatan Tarbiyah Dewan Ulamak dan Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Terengganu akan mengadakan Kursus Perguruan Sekolah Rendah Islam Terengganu sesi 1/2015 bertempat di Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa, Batu Enam.  Objektif kursus ini adalah untuk :

 

1. Memahami hala tuju pendidikan sekolah rendah islam Terengganu

2.Mengetahui struktur kurikulum Tahun 1 bagi subjek yang diajar.

3.Mengetahui strategi khusus bagi pengajaran topik-topik tahun 1

 

Guru-guru perlu meningkatkan profesionalisme demi mengekalkan martabat sebagai seorang guru. Oleh itu guru-guru bakal didedahkan dengan konsep perguruan yang akan membina sistem pendidikan yang berkesan. Kami warga Madrasah mengucapkan Selamat menghadiri Kursus Perguruan untuk Sesi 1/2015.

Mar 14

Kem Latihan Sukan Dar

football-field1

 

15-19 Mac, Lajnah sukan dan permainan (SUPER) akan mengadakan Kem Latihan Bola Sepak dan Bola Jaring sempena Hari Sukan DAR bermula 15-19  Mac ini. Kem ini bertujuan untuk memantapkan lagi sesi latihan sedia ada bagi membantu pelajar dalam pertandingan sebenar. Pasukan Bola Sepak diketuai oleh Ustaz Norazmi manakala Pasukan Bola Jaring diketua oleh Cg. Yusniza. Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan Madrasah Darul Iman.

Mar 14

Kem Kecemerlangan UPSR 2015

blue-green-white-wallpaper-4

 

 

16-17 Mac, Madarasah Darul Iman akan mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR sesi 2015. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar terhadap teknik menjawab kertas peperiksaan yang berkesan, Selain itu juga, Kem ini betujuan untuk mengisi masa cuti pelajar sebagai persiapan menghadapi peperiksaan UPSR 2015. Pelbagai aktiviti menarik menunggu pelajar Kem Kecemerlangan UPSR. Kem ini akan diadakan di Mtel Desa, Kuala Terengganu bagi memberi suasana pembelajaran yang berlainan dari dalam kelas.

Mar 06

Mesyuarat Agung Tahunan MIBG Kali Ke-5

image

 

 

07/03/2015 – Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Ibubapa dan Guru (MIBG) kali ke-5 ini akan diadakan bertempat di Dewan Utama Madrasah Darul Iman dan dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Bukit Payong dan Pengerusi Lajnah Persekolahan Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu . Ibubapa dan guru MDI dijemput hadir bagi menjayakan program ini.

 

8.30 – 9.00 pendaftaran

9.00 – 10.00
– Ucapan Pengerusi
– Bacaan Ayat Suci Al-Quran
– Ucapan Pengerusi MIBG
– Ucapan Tuan Mudir
– Ucapan Pengerusi ALP
– Ucapan Perasmian

10.20
-Mesyuarat MIBG Kali Ke-5 Bersidang

Feb 17

Assalamualaikum

Selamat Datang ke Madrasah Darul Iman